Tuesday, 26 July 2016

4 BASAH 2 KERING








“Kamu nampak tak apa yang saya pegang ni?” tanya Soleh kepada pelajar di depannya.
“ botol air ustaz…”
“air minum ustaz…”
“air mineral ustaz…”
“air puteh ustaz…”
Pelbagai jawapan yang diterima oleh Soleh, dia melanjutkan lagi soalannya.
“Ok! bagus jawapan kamu semua, air ini apa fungsinya?” Soal Soleh lagi sambil mengangkat tinggi botol air mineral yang dipegangnya.
“Alah ustaz, soalan senang je tu.. untuk minum lah ustaz.” balas Musa ketua kelas 1 Madinah.
“Ok selain dari  itu?” Soal Soleh lagi. Tujuan dia menyoal sebenarnya untuk melahirkan pelajar yang berfikir dan membina keberanian pelajarnya dalam memberi pendapat.
“Untuk membasuh ustaz…” sambil mengangkat tangan Azmil menjawab.
“Untuk memasak ustaz...” Ilham pula menjawab.
“Untuk basuh berak ustaz” tiba-tiba kedengaran gelak ketawa dari seisi kelas. Soleh hanya mampu tersenyum. Si Nezwan memang begitu selalu memberi jawapan yang boleh membuatkan seisi kelas ketawa dengan peragainya, ya! dialah raja lawak di dalam kelas ini. Soleh masih tidak berpuas hati dengan jawapan dari pelajarnya. Terus dia melanjutkan lagi persoalannya.

“Okkk.. selain dari itu? Sambil dia memberikan isyarat agar pelajarnya bertenang.
“Saya tahu ustaz untuk berwuduk.” Jawab Amira dengan bersungguh-sungguh.
“Ya betul…., semua jawapan yang kamu berikan semuanya betul tetapi jawapan yang akhir tadi yang ustaz mahu dengar” terus dia tersenyum lebar, akhirnya jawapan yang diinginkan dapat diperolehinya.

“Ya hari ini kita hendak belajar mengenai wuduk, apa itu wuduk? Kenapa kita perlu berwuduk?  Penting ke wuduk ini kepada kita sampai kita hendak belajar ni? Sengaja Soleh memprovokasi pelajarnya agar mereka merasa ingin tahu tentang perkara yang akan di pelajari mereka nanti.

Soleh melanjutkan lagi bicaranya “ Wuduk bahasa yang mudah difahami ialah membasuh mana-mana dari anggota tubuh badan kamu dengan menggunakan air mutlak, air mutlak ini adalah air yang suci.. bersih.. tujuannya adalah untuk kita bersolat, bertawaf, memegang al-quran dan pelbagai lagi. Satu perkara yang paling penting kalau kita hendak solat wajiiiiibb.. kita mengambil wuduk kalau kita tidak mengambil wuduk solat kita tidak sah. Bila tidak sah sia-sia lah kita solat. Fahammmm?”
“Fahamm ustaz..”  balas semua pelajar

wuduk ini ada 4 basah 2 kering.” Terang Soleh lagi sambil menunjukkan isyarat 2 dan 4 dengan jarinya.

Tiba-tiba kelas kedengaran seperti diserang segerombolan lalat kerana semua pelajar berbisik- bisik sesama mereka, saling bertanya apakah jawapan disebalik “4 basah 2 kering” itu.

Soleh sekali lagi tersenyum dia sengaja memberikan kaedah “4 basah 2 kering” kerana kaedah ini lebih memudahkan untuk pelajarnya mengingati kelak kerana dia masih mengingati bagaimana Mualimnya mengajarnya dahulu, sehingga ke hari ini dia masih mengingati kaedah ini, dan semenjak Mualim mengajarnya, tidak pernah sekalipun dia tersilap memberi jawapan setiap kali disoal, apatah lagi mengamalkan perkara ini dalam kehidupan sehariannya sebagai seorang Muslim.

“4 basah 2 kering ialah rukun wuduk, 4 basah ialah membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai ke siku, menyapu sedikit air  dikepala dan membasuh kedua kaki hingga ke buku lali seterusnya 2 kering niat dan tertib iaitu mengikut urutan. Itulah yang dinamakan 4 basah 2 kering.” Soleh menerangkan kekeliruan pelajarnya.
“ustaz telinga tidak perlu dibasuh ke?” soal Syafinaz
“oh.. lupa ustaz mahu bagitau yang selain daripada 4 basah 2 kering tadi semuanya adalah sunat, yang sunat ini apabila kita buat dapat….???

“Pahalaaa…” bergema jawapan dari pelajar-pelajarnya.

Wednesday, 20 July 2016

UJIAN



 
kadang suatu yang teramat sakit,
ada yang pasrah dan menyerah,
lantas terduduk tanpa mampu bangun,
terus hanyut bersama rasa itu,

kadang suatu yang teramat menggelirukan,
cuba mencari kebenaran hakiki,
tiada dapat ditemui jawapannya,
lantas berada dipersimpangan yang panjang,

kadang suatu yang teramat indah,
membuat kita sedar dan terjaga,
menambahkan lagi rasa kehambaan,
berusaha ke jannatul firdausi,

p/s: alangkah beruntungnya insan2 yang terpilih yang bila menerima ujian semakin hampir dia kepada penciptanya dan rugilah bila diuji semakin jauh dari penciptanya..... ^___^

~terima kasih ya Allah atas rasa ini~