“Kamu
nampak tak apa yang saya pegang ni?” tanya Soleh kepada pelajar di depannya.
“
botol air ustaz…”
“air
minum ustaz…”
“air
mineral ustaz…”
“air
puteh ustaz…”
Pelbagai jawapan
yang diterima oleh Soleh, dia melanjutkan lagi soalannya.
“Ok!
bagus jawapan kamu semua, air ini apa fungsinya?” Soal Soleh lagi sambil
mengangkat tinggi botol air mineral yang dipegangnya.
“Alah
ustaz, soalan senang je tu.. untuk minum lah ustaz.” balas Musa ketua kelas 1
Madinah.
“Ok
selain dari itu?” Soal Soleh lagi. Tujuan
dia menyoal sebenarnya untuk melahirkan pelajar yang berfikir dan membina
keberanian pelajarnya dalam memberi pendapat.
“Untuk
membasuh ustaz…” sambil mengangkat tangan Azmil menjawab.
“Untuk
memasak ustaz...” Ilham pula menjawab.
“Untuk
basuh berak ustaz” tiba-tiba kedengaran gelak ketawa dari seisi kelas. Soleh
hanya mampu tersenyum. Si Nezwan memang begitu selalu memberi jawapan yang boleh
membuatkan seisi kelas ketawa dengan peragainya, ya! dialah raja lawak di dalam
kelas ini. Soleh masih tidak berpuas hati dengan jawapan dari pelajarnya. Terus
dia melanjutkan lagi persoalannya.
“Okkk..
selain dari itu? Sambil dia memberikan isyarat agar pelajarnya bertenang.
“Saya
tahu ustaz untuk berwuduk.” Jawab Amira dengan bersungguh-sungguh.
“Ya
betul…., semua jawapan yang kamu berikan semuanya betul tetapi jawapan yang
akhir tadi yang ustaz mahu dengar” terus dia tersenyum lebar, akhirnya jawapan
yang diinginkan dapat diperolehinya.
“Ya
hari ini kita hendak belajar mengenai wuduk, apa itu wuduk? Kenapa
kita perlu berwuduk? Penting ke wuduk
ini kepada kita sampai kita hendak belajar ni? Sengaja Soleh memprovokasi
pelajarnya agar mereka merasa ingin tahu tentang perkara yang akan di pelajari
mereka nanti.
Soleh
melanjutkan lagi bicaranya “ Wuduk bahasa yang mudah difahami ialah
membasuh mana-mana dari anggota tubuh badan kamu dengan menggunakan air mutlak,
air mutlak ini adalah air yang suci.. bersih.. tujuannya adalah untuk kita
bersolat, bertawaf, memegang al-quran dan pelbagai lagi. Satu perkara yang
paling penting kalau kita hendak solat wajiiiiibb.. kita mengambil wuduk
kalau kita tidak mengambil wuduk solat kita tidak sah. Bila tidak sah
sia-sia lah kita solat. Fahammmm?”
“Fahamm
ustaz..” balas semua pelajar
“wuduk
ini ada 4 basah 2 kering.” Terang Soleh lagi sambil menunjukkan isyarat 2 dan 4
dengan jarinya.
Tiba-tiba kelas
kedengaran seperti diserang segerombolan lalat kerana semua pelajar berbisik-
bisik sesama mereka, saling bertanya apakah jawapan disebalik “4 basah 2 kering”
itu.
Soleh sekali
lagi tersenyum dia sengaja memberikan kaedah “4 basah 2 kering” kerana kaedah
ini lebih memudahkan untuk pelajarnya mengingati kelak kerana dia masih mengingati
bagaimana Mualimnya mengajarnya dahulu, sehingga ke hari ini dia masih mengingati
kaedah ini, dan semenjak Mualim mengajarnya, tidak pernah sekalipun dia
tersilap memberi jawapan setiap kali disoal, apatah lagi mengamalkan perkara
ini dalam kehidupan sehariannya sebagai seorang Muslim.
“4
basah 2 kering ialah rukun wuduk, 4 basah ialah membasuh muka, membasuh
kedua tangan sampai ke siku, menyapu sedikit air dikepala dan membasuh kedua kaki hingga ke
buku lali seterusnya 2 kering niat dan tertib iaitu mengikut urutan. Itulah yang
dinamakan 4 basah 2 kering.” Soleh menerangkan kekeliruan pelajarnya.
“ustaz
telinga tidak perlu dibasuh ke?” soal Syafinaz
“oh..
lupa ustaz mahu bagitau yang selain daripada 4 basah 2 kering tadi semuanya
adalah sunat, yang sunat ini apabila kita buat dapat….???
“Pahalaaa…”
bergema jawapan dari pelajar-pelajarnya.
